Lelaki
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang
belum baligh. BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka
pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang
isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan
mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri
tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan
kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar
si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih
panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang
dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memikirkan beratnya
dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh
Allah SWT.
WANITA
·
Auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki.
·
Perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
·
Saksinya kurang berbanding lelaki.
·
Menerima pusaka kurang dari
lelaki.
·
Perlu menghadapi kesusahan mengandung
dan melahirkan anak.
·
Wajib taat kepada suaminya tetapi
suami tidak perlu taat kepada isterinya.
·
Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri.
·
Wanita kurang dalam beribadat
kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
|
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibeli serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan
bersepah-sepah buakan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu
taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama
dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala
dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja yaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu berjihat fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.
MasyaALLAH, sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi
Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar